Followers

Sunday, July 24, 2011

Kau sanggup, kau tanggung!

Begitulah....apabila kita dah commit pada sesuatu, 
pastinya tiada orang lain yang lebih bertanggungjawab ke atas commitment yang kita buat selain daripada diri kita sendiri. Sungguhpun kita melakukan sesuatu itu untuk kebaikan orang lain, tapi jika ada kesusahan, keperitan dan kekurangan disebabkan commitment tadi, ia tetap menjadi milik kita sendiri. Macamana nak hidup, bagaimana nak kais, itu bukan hal sesiapa.  Easier talk, you willing you bear it!
Jika kau sanggup untuk meninggalkan semua yang kau perolehi, jika kau sanggup berenang untuk menongkah laluan arus...walau dengan apa alasan baik sekali pun, maka kau perlu pula bersedia dengan segala kemungkinan hasil daripada keputusan tekad yang kau ambil. Aduhhh, beginikah aturan dunia?
Trapped with own decision.

Menyesalkah? Atau kau mahu berpatah balik ke tapak yang kau tinggalkan, ke dunia asal yang lebih menyenangkan? Kata teman2, pengorbanan sebesar ini pasti ada rahmat daripadaNya. Kau telah lakukan sesuatu di luar kebiasaan dan tidak ramai yang mahu lakukan itu.
Perlukah penyesalan itu? Atau berbaloikah segala keputusan yang diambil dulu?
 
Tak tahu!. Tiada jawapan. 
Lalu kata pasrah paling tepat untuk mengubat jiwa. Belajar untuk menerima Qada dan Qadar Allah menjadi penawar yang cukup menenangkan. Sujud kepadaNya adalah sumber kekuatan. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk seseorang insan. Apalah lagi yang dapat kau lakukan selain percaya kepada pegangan itu?



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...